Thursday 19 January 2012

HIJRAH DIRI..JANGAN PEDULIKAN ORANG

 ....... بسم الله الرحمن الرحيم 
   Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua...

Kaifa halukum???Diharap semuanya sihat senantiasa...
Alhamdulillah...Allah telah memberi kesempatan untuk saya di ruang ini untuk sahabat semua...Akhirnya dapat juga kekuatan saya untuk menulis di blog ini.Diharap sahabat-sahabat semua
dapat menyokong dan berkongsi ilmu serta  pengalaman bersama saya..                                                                                           
Post pertama saya hari ini bertajuk : 

HIJRAH DIRI...JANGAN PEDULI CAKAP ORANG 

"Tak payah la nak tunjuk baik wei.Orang dah tahu la kisah hidup kau dulu macam mana.Menyampah pulak  aku tengok.Poyolah!"
"Wah dah bertudung ko ye...Ayu la tu konon-konon.Kalau  tak ikhlas tak payah la pakai.Buat apa hipokrit."

Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat semua yang saya petik dari ILUVISLAM. Saya tertarik dengan tajuk ini sebab bukan senang untuk seseorang itu hendak berhijrah. Maksud hijrah ada banyak.Salah satunya berhijrah dari satu ke satu tempat yang lain. Tapi under title hari ini kita berhijrah atau berubah daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Melakukan perubahan pada sesuatu yang sudah sebati dalam diri bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran rakan-rakan dan masyarakat menyebabkan ramai yang tidak berjaya untuk melakukan penghijrahan.Tidak dapat dinafikan jauh dari lubuk sanubari seorang remaja itu pastinya ingin perubahan dalam hidup.

Itulah cabaran yang sering dihadapi oleh mereka yang mula menemui sinar untuk melakukan perubahan pada diri.Dikeji,dicaci,diketawakan bahkan ada yang disisih dan dipulaukan oleh rakan-rakan hanya kerana mahu menjadi orang yang baik.Ada kalanya lebih seronok melihat orang terus-terusan melakukan kesalahan berbanding kebaikan.Namun bagi kita sendiri kalau betul perubahan itu berlaku kerana Allah,mengapa perlu akur pada pandangan orang.Pedulikan saja!

Sebelum ini ibadahnya ala-ala sahaja,,tiba satu ketika terdetik di hati mahu kembali rapat dengan Allah dan mungkin tiba masanya ternampak cahaya di lorong kegelapan serta tersentak kembali untuk ke pangkal jalan.Alhamdulillah..Percayalah, suasana begini pasti menjadi detik paling berharga dalam hidup anda.Tak perlu malu atau segan kalau sudah tiba masanya anda berubah.Hanya orang yang bijak dan cukup berani sahaja bersedia untuk berubah.Anda sebenarnya seorang pejuang.Adalah wira.Anda juga dipandang indah di mata Allah.

BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK BERHIJRAH :

NIAT
Niat harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah.Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah.

BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Anda mugkin mempunyai persepi hanya golonganyang baik-baik sahaja akan mendapat kemanisan iman,Segala tanggapan negatif hendaklah dibuang jauh-jauh.

PEDULIKAN KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan banyak pengorbanan.Orang yang melihat pasti akan membuat pelbagai tanggapan.Ada yang memuji dan ada yang menghina.Oleh itu jangan mudah kecil hati dan kira hendaklah kuat semangat.
BERDOALAH
Berdoalah untuk mendapat pertolongan Allah.Tiada kuasa lain yang mampu untuk menolong kita untuk berhijrah.Jadi,berdoalah  serta diiringi keinsafan  terhadap dosa-dosa lalu,mohon diampuniNYA.

                                                                                                                                      
                       Hanya orang yang bijak dan cukup berani sahaja bersedia untuk berubah.



                                                                -syukran-



                                   

1 comment:

  1. Saya faham perasaan tu.. Org dduk gelak hijrah kita, org duk gelak matlamat kita nak ajk org ke arah kebaikan,.. Ade yg ckp sye da gila,. Tak betul. Mungkin mereka anggap mengikut islam tu mundur

    ReplyDelete